Want your
own Fotopage?






 
Johan Firdaus & Nur Jannat
Our Wedding - 19 & 20 November 2004
By: Johan Firdaus Mohamed Fawzi dan Nur Jannat Jailani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Dec-2007 04:46 Email | Share | | Bookmark
Memories in UK

My hubby - in front of Albert Dock
The Beatles at Albert Dock
Hyde Park, Leeds
Leeds University
Buckingham Palace, London
Pertukaran shift kat Buckingham Palace
Stoke-on-Trent - Royal Albert tuh!!!
Summer in Leeds 1999
Albert Dock, Liverpool lagi... Hirul tukang amik gambar...:P
Dok browse PC...tetiba terjumpa gambar lama. Adoilar.....sayu jek tengok.... Fikir punya fikir, I thought it is best to upload the photos. Kang kalo pape jadik kat hard disk, ada la backup (hopefully la....).

So you guys....enjoy the pics! Saiz badan jangan tanya....tu seme zaman anak dara dulu.

zaman honeymoon lagi ke ni? Fri 7-Mar-2008 07:35
Posted by:nn  - [Link]
laaa ekau ni berjumpo kek london la? ingatkan cinta berputik masa nak lintas jalan depan summit, kena langgar motor rxz dia, haha Fri 7-Mar-2008 18:19
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Jumpo kek london? No laaa.... nak tahu ke? Nanti jumpa kite citer..... Mon 17-Mar-2008 14:36
Posted by:Jannatul Firdaus  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 13-Oct-2007 13:28 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin...1 Syawal 1428

Keluarga dah bertambah...
Keluarga suami. Hanya adik bongsu tiada dalam gambar.
Keluarga Kak Noi
Keluarga Farah
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali kami! Setelah setahun, baru sekarang saya update. Tak ada apa yang nak diceritakan. Dan tak ada pun gambar baru.

Tahun ini raya meriah sedikit. Kakak yang sulung beraya di Batu Pahat. Bersama anak-anak, riuh rendah rumah kami dibuatnya. Adik ketiga, Farah, tak ada masalah. Suaminya orang Batu Pahat juga jadi boleh bergilir-gilir. Boleh ulang alik pun! Bagi saya suami isteri sama juga. Bergilir-gilir! Pagi raya boleh ulang alik ke rumah emak dan mertua.

Tahun ini kami berkesempatan untuk bergambar raya dengan keluarga suami. Al maklum, tahun ini tahun terakhir mertua saya beraya di sini. Lepas raya ni, kalau tak ada aral, Insya-Allah mereka akan berpindah ke Pengkalan Chepa, Kelantan. Yup, my father-in-law orang Kelantan. Rumah sendiri pun di Kelantan. Tahun depan kami terpaksa beraya di Kelantanlah jawabnya. Make sure tempah tiket Air Asia awal-awal!

Gambar di atas, rasanya semua dah maklum. Tiada apa yang berubah. Cuma adik perempuan saya kali ini bergambar dengan keluarganya. Pakej! Jika tahun 2005 beliau bergambar seorang, tahun 2007 beliau bergambar dengan suami, Mohd Zakaria bin Mukri dan baby girl, Nurul Humairah Balqis (1 tahun). Mereka berkahwin dalam 2 tahun yang berbeza, 31/12/2005 dan 1/1/2006. Bulan Oktober 2006 dah dapat baby girl. Tapi tahun lepas tak ambil gambar keluarga, sebab tu tak nampak "pakej"nya.

>> kemeriahan berhari raya bersama kaum keluarga dan sahabat handai...
>> salam aidil fitri untuk semua...
Fri 19-Oct-2007 17:50
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Sunday, 5-Nov-2006 16:46 Email | Share | | Bookmark
Syawal datang lagi!!!

Tahun kedua beraya sebagai suami isteri
Assalamualaikum semua,

Syawal datang lagi! Ini tahun kedua kami beraya sebagai suami isteri. Tahun ini kakak saya beraya di Pahang. Adik perempuan pula beraya di kampung suami. Saya apalagi.... ikut husband beraya di rumah pakcik makcik sebelah husband di Taman Tanah Merah. Mujur rumah dekat, so tak ada masalah berebut rumah di pagi raya! So tinggallah emak dengan adik lelaki saya saja di rumah pada pagi raya. Hehehe....

Lepas sembahyang raya, terus kami berjalan kaki ke Kedai Gambar Ideal, atau lebih kami kenali sebagai Xerox. Depan rumah je. Dekat sangat! Kami orang pertama yang ambil gambar raya.

Inilah hasilnya! Nampak saya agak berisi tahun ini.

Jannat...
xde gambar terbaru lg ker? update laa...
masa tu try to chat with u...tp x reply lak...
anyway jemput laa visit my fotopages
Thu 18-Jan-2007 21:37
Posted by:Shida  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-Jul-2006 05:23 Email | Share | | Bookmark
Holiday In Tioman: 25 - 27 June 2006

Di Jeti Mersing
Kg nelayan yang terdapat di sekitar jetty
Dalam speed boat semasa hendak ke Tioman
View all 30 photos...
Hi semua! Assalamualaikum. Sudah lama saya tidak upload gambar terbaru. Tak ada apa events yang menarik so tak adalah gambar yang hendak diupload ke sini.

Anyway, we both went to Tioman Island last month. To be exact, 25 - 27 June 2006. Kami pergi berempat; bersama Budin & Zura, the newly wed couple. They were both united early June 2006. Pelik kan? Pergi honeymoon berempat! Ini kira honeymoon untuk kami berdua juga sebab masa awal perkahwinan dulu, tak ada masa pergi bercuti.

Kami menginap di Salang Sayang Resort. Agak mahal juga, RM130 semalam. Mula-mula rasa murah tapi lepas berborak dengan ada brader sorang tu, rasa mahal la pulak! Mereka dapat chalet dengan harga cuma RM40 semalam! Macam mana ntah kami tersesat dengan harga RM130 untuk satu malam.

Bilik dia ok la, air-conditoned. So untuk memaksimumkan penggunaan tenaga elektrik, kami on air-cond 24 hours non-stop! Barulah berbaloi! Hehehehe.....

Di Tioman, kami alami pengalaman baru, especially untuk sayalah! Saya pergi snorkeling tapi bukan di Monkey Bay. Saya cuma bersnorkeling di depan resort saja. Cari pengalaman....Dahlah tak pandai berenang, husband yang kena tolong saya. Last-last dia yang tak bersnorkel! Hehehe.....

After all, it was a nice holiday. Saya rasa macam tak nak balik KL je. Duduk bercuti memang menyeronokkan! Tak payah fikir pasal kerja.... Kalau ada rezeki, ingin kami bercuti lagi, Insya-Allah....

Beautiful pics...mmg seronok gi Tioman nih..dah 5 tahun tak gi sana..
next week i pegi perhentian..tak sabo lak rasanya..hehe
Wed 26-Jul-2006 11:30
Posted by:ND  - [Link]
sunset kat tmpt ni best ...
:: "Capturing the moments and blooming of colours"
:: http://www.hasnizamhashim.com
Wed 26-Jul-2006 12:02
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KPTM 20th Convocation

 
 
 
View all 14 photos...
Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA kali ke-20. Berlangsung pada 13 September 2004 di Dewan PGRM, Cheras.

Alhamdulillah, setelah berusaha selama tiga tahun, saya berjaya menamatkan pengajian saya pada kali ini dengan pointer yang agak cemerlang, 3.9*. Nak tulis segan. Hahaha..... tapi cukuplah saya katakan dengan keputusan tersebut, muka saya "sempat" jugalah terpampang di empat akhbar utama di Malaysia. Hehehe.....

Pada hari itu, rasa-rasanya terbayar sudah segala kepahitan yang pernah saya lalui dulu. Emak pun nampaknya happy. Bersama-sama saya, tunang - kini suami - turut hadir memeriahkan majlis. Saaaayang abang.....

hii...kak jan..ehhh...kak nur..... rase nyer....tak terlewat lagi nak ucap tahniah....hehehhe... Sun 22-Jan-2006 12:28
Posted by:gbum fadhliabas@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 7-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya kami yang pertama sebagai suami isteri...:)
Kakak yang sulung bersama suami; Nur Hafizah & Mohd Subri
Kakak sekeluarga bersama suami dan anak-anak
View all 4 photos...
Hi, Assalamualaikum semua!!! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Hari Raya masih berbaki. Apa kata kita isi dengan menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai.

Tahun ini kali pertama kami beraya sebagai suami isteri. Agak meriah juga kerana tahun ini giliran kakak sulung beraya di rumah kami. Tahun hadapan mereka di Pahang pula. Riuh rendah rumah dengan suara anak-anak saudara.

Keluarga nukleus kami kecil sahaja. Rujuk pada gambar kami sekeluarga. Perkenalkan:

Barisan hadapan dari kanan:

Anak saudara yang sulung: Nurul 'Ainaa' Najwa binti Mohd Subri (5)
Emak: Saimah binti Haji Jamhari (56)
Adik bongsu: Mohd Faizi bin Jailani (20)
Anak saudara kedua: Nurul Aisyah Syahirah binti Mohd Subri (4)

Barisan belakang dari kanan:
Adik perempuan ketiga: Nur Fariha binti Jailani (24)
Kami: Nur Jannat binti Jailani & Johan Firdaus bin Mohamed Fawzi
Abang ipar: Mohd Subri bin Hj Saud (35)
Kakak sulung: Nur Hafizah binti Jailani (29)
Anak saudara ketiga: Nurul Aqilah Huda binti Mohd Subri (5 bulan)

Sesungguhnya keluarga merupakan satu harta yang amat bernilai. Kami teringin sekali menjejaki kaum keluarga. Ada yang sudah terpisah. Khabarnya ramai masih menetap di Selangor, di Tanjung Karang. Kami Melayu Banjar. Ada sesiapa punya saudara mara di Batu Pahat? Mungkin kita ni kulaan!



Salam Aidil Fitri utk anda berdua... Mon 7-Nov-2005 16:48
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Jemput ke kenduri Nurin pada 3 disember ni. For a personal card..send me your address. Kalau tak..just visit my fotopage. Thanks Tue 8-Nov-2005 08:49
Posted by:Nurin Asri ssnurinmy@uum.edu.my  - [Link]
wow!...siap dengan backdrop sekali...Selamat Hari Raya.. Tue 8-Nov-2005 17:16
Posted by:firdaus nfirdaus@gmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 9-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Additional Wedding Photos; credit to Dana, our cousin.

 
 
 
View all 6 photos...

Tahniah... Mon 7-Nov-2005 16:48
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Tahniah...Sorry tak dapat datang wedding hari tu. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Wed 21-Dec-2005 07:14
Posted by:Kawan Sek Peserai halisa7@yahoo.com
Add comment


Saturday, 25-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
My Wedding

 
 
 
View all 22 photos...

err... kek hantaran tu ko buat sendiri ke? Thu 6-Oct-2005 17:16
Posted by:Dr Esmady
Mady...Mady...sampai ke kek ko tengok. Tak, kek tu aku tempah. Yang kek tunang aku buat sendiri. Sat 8-Oct-2005 09:01
Posted by:Jannatul Firdaus
Org Johor kalau kahwin memang gempak.. Tue 11-Oct-2005 14:42
Posted by:sirihjunjung
View all 13 comments Add comment


Friday, 24-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
My Wedding

 
 
 
View all 30 photos...

macam2 gaye ade ek..leh wat cover mag pesona pengantin in conjuction with raye festive Thu 23-Dec-2004 11:33
Posted by:ellie absolutellie@yahoo.com
cun lah kak jan...anyway..tahniah....
sorry le lambat wish....
bz lah....
Sun 30-Jan-2005 08:54
Posted by:jam
To my dear friends, wow! A King and his Queen, A Princess with her Prince. It looks like something out of a faerie tale. When did you both become so good looking, when I last saw you you didn't look half so amazing.

May your joining together please the Gods and may they smile upon you both.

Ziggy
Thu 17-Mar-2005 12:20
Posted by:Ziggy Waters sigiwaters@pucksgrove.com
Add comment


Thursday, 23-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Persandingan 20/11/2004

 
 
 
View all 30 photos...
Hari Persandingan....Meriah dengan kedatangan kaum keluarga. Semoga jodoh kami kekal buat selama-lamanya. Amin.....

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.